MINGGU 14
15 DISEMBER 2015, merupakan minggu terakhir pembelajaran kami dan kelas terakhir komputer dalam pendidikan bagi sem satu ini. Amat sedih kerana begitu cepat masa berlalu dan kami akan menghadapi peperiksaan beberapa minggu sahaja lagi. Kedukaan ditambah lagi dengan ketiadaan subjek GGGE1153 Komputer Dalam Pendidikan pada semester-semester yang akan datang. Saya amat berminat dengan subjek ini kerana ia banyak mendedahkan saya kepada dunia IT secara langsung mahu pun tidak. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. SIti Fatimah Binti Mohd Yassin yang banyak membimbing kami dalam pengajaran subjek ini. Tanpa beliau tidak mungkin saya akan bersemangat untuk mempelajarinya kerana tiada orang yang membimbing saya. Pada minggu ini, penerangan dan perbincangan tentang fungsi-fungsi Microsoft Excel dan Google Docs (Spreadsheet) serta memasukkan data. Saya dan ahli kumpulan saya juga berlajar berkaitan pemformatan. Seterusnya belajar bagaimana penyimpanan dan penutupan lembaran kerja serta formula dalam Excel / Spreadsheet, contoh:
- STDEV
- AVERAGE
- COUNTIF
- Sort
- Graph
- Filter
MINGGU 12/13
1,9 DISEMBER 2015, dalam dua minggu ini penghasilan video dari minggu sebelum ini masi dijalankan. Hal ini kerana membuat satu video yang sempurna bukanlah satu benda yang senang dan mudah.kami ditugaskan untuk membina dan membuat satu video yang berkisarkan tentang apa yang di pelajari dalam kursus ini. Sebelum membuat video ini perancangan yang teliti perlulah dilakukan bagi menghasikan video yang terbaik yang mengikut elemen-elemen multimedia yang betul.Antara elemen tersebut ialah text,vedio,audio,animasi dan grafik. Seterusnya dalam penghasilan video ini kami di minta untuk membuat story board dan skrip yang betul bagi memastikan video yang berkualiti di hasilkan.Kami telah berbincang bagaimana untuk memastikan video yang kami hasilkan itu bagus. Melalui storyboard ini kami dapat lihat bagaimana video ini dapat dihasilkan.
MINGGU 11
24 NOVEMBER 2015, merupakan minggu yang sangat memenatkan bagi saya dimana saya terpaksa membuat pembentangan berkaitan deangan latihan tekanan dalam kejurulatihan sukan. Walaupun berada dalam keadaan penat dan lesuh, saya tetap menghadiri kelas komputer dalam pendidikan kerana saya tahu bahawa setiap pengajaran dan arahan dari Dr Fatimah dangat penting dalam hidup saya. Pada minggu ini, tugasan seterusnya dijalankan seperti biasa iaitu membuat video untuk di uploadkan ke youtube. Dalam penjelasan awal, Dr Fatimah telah menunjukkan contoh-contoh video yang telah dibuat oleh pelajar lepas dan pelajar asas. Tugasan tersebut hendaklah dilakukan secara kumpulan . Selain itu , Dr Siti Fatimah juga memberikan laman web yang boleh digunakan untuk membuat video tersebut . Antara laman web yang diberikan oleh Dr Siti ialah Powtoon , video maker , Storyboard dan lain-lain. Tajuk tugasan video tersebut ialah mengikut tajuk-tajuk yang diberikan oleh Dr Siti
MINGGU 10
17 NOVEMBER 2015, Sudah masuk minggu kesepuluh dalam subjek Komputer Dalam Pendidikan GGGE 1155 saya pada semester ini. Syukur ke hadhrat Ilahi kerana masih mampu membuat refleksi dan tugasan-tugasan yang diamanahkan kepada saya. Walaupun agak sibuk dengan tugasan-tugasan subjek lain yang agak membebankan tetapi saya kuatkan juga hati untuk menyiapkannya demi masa hadapan yang lebih baik. Pada minggu ini, kami telah diberi tugasan untuk membuat browsher berkaitan tajuk kajian yang telah kami lengkapkan, iaitu mengenai Kemahiran Abad Ke-21 (21st Century Skills). Setiap kumpulan akan membina satu browsher berkaitan tajuk kajian mereka sendiri. Dengan adanya perisian Microsoft Publisher di dalam komputer kami. Kami akan membuat Browsher mengikut kreativiti kami sendiri denga warna-warna dan corak-corak yang menarik walaupun tidak begitu mahir dalam bidang seni. Selain daripada Microsoft Publisher, pembuatan browsher secara online juga ada disediakan. pelajar yang tidak mempunyai Microsoft Publisher bolehlah menggunakan browsher online ini iaitu, Uniflip. Namun itu tidak menjadi penghalang kepada kami. Tugasan ini dapat menambah pengetahuan kami secara lebih mendalam tentang perisian komputer dan ia amat menyeronokkan sebenarnya. Segala info yang terkandung dalam dapatan kajian kami akan kami selitkan dalam browsher yang akan dibina itu. Semoga tugasan ini dapat disempurnakan pada masa yang ditetapkan.
MINGGU 9
03 NOVEMBER 2015, Pada minggu ini, apa yang telah saya pelajari adalah bagaimana untuk membuat analisis daripada hasil respon soal selidik kumpulan saya, iaitu mengenai Kemahiran Abad Ke 21. Melalui tugasan yang diberi, saya dapat mengubah dan meringkaskan data mentah hasil soal selidik menjadi lebih jelas dan padat kepada bentuk graf dan jadual. Analisis itu juga kami perlu lengkapkan untuk ditunjukkan di dalam laman tugasan weebly. Oleh itu, ringkasan maklumat dalam hasil soal selidik telah memudahkan kerja saya untuk mengetahui bilangan responden bagi setiap soalan dalam penghasilan graf dan jadual.
Tapi tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu kami walaupun banyak kekurangan yang terdapat pada kami. Kami juga telah menolong rakan seperjuangan yang lain untuk memberi respon kepada borang soal selidik mereka dengan harapan agar kami sama-sama dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa terdekat. Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ini.
Tapi tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu kami walaupun banyak kekurangan yang terdapat pada kami. Kami juga telah menolong rakan seperjuangan yang lain untuk memberi respon kepada borang soal selidik mereka dengan harapan agar kami sama-sama dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa terdekat. Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ini.
MINGGU 8
27 OKTOBER 2015, Semoga semuanya baik-baik belaka dan saya juga berharap agar Dr. Siti Fatimah sentiasa sihat dan dilindungi olwh Yang Maha Esa. Pada minggu ini saya telah mengemas kini laman weebly saya untuk ditunjukkan kepada Dr. Siti Fatimah. Oleh kerana kekurangan masa dan sibuk dengan kerja yang banyak, mujurlah saya masih sempat untuk mengemaskini laman weebly saya. Pada minggu kelapan ini Dr.Siti Fatimah menyemak tugasan keempat . Soalan-Soalan untuk tugasan 4 yang telah dilakukan oleh ahli kumpulan terdapat banyak kesilapan. Dr.Siti Fatimah menyuruh kami membuat semula atau mengemaskini soalan-soalan yang telah dibuat oleh ahli kumpulan kami. Selain itu , Dr Siti Fatimah memberi idea-idea soalan untuk dibuat oleh ahli kumpulan kami . Kata Dr Siti Fatimah soalan-soalan yang dibuat oleh ahli kumpulan kami tidak mengikut permintaanya. Permintaan Dr Siti Fatimah ialah menyediakan soalan-soalan berasaskan permikiran aras tinggi . Setelah selesai memperbaiki kesilapan kami borang soal selidik yang baharu tersebut telah diedarkan kepada rakan-rakan secara atas talian. Penyebaran borang ini dilakukan melalui emel rakan-rakan.
MINGGU 7
20 OKTOBER 2015, merupakan minggu ketujuh saya berada antara Universiti tertua di Malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada minggu ketujuh ini Dr.Siti Fatimah mengajar dan menyuruh kami berbincang tentang satu tugasan secara berkumpulan. Ia merupakan tugasan keempat iaitu membuat google form atau soal selidik mengikut tajuk-tajuk yang telah diberikan kepada kami pada minggu kelima . Perbincangan pada minggu ketujuh ini untuk dijadikan persediaan yang akan dibuat pada hari-hari seterusnya. Dalam kajian soal selidik ini Dr. Siti Fatimah meminta kami agar menggunakan cara pemikiran aras tinggi . Dimana kami perlu menyediakan soalan-soalan yang baik sebelum dihantar kepada orang lain .
Selain itu , Dr Siti Fatimah juga memberi tahu kepada kami tentang tujuan dan objektif borang selidik ini dibuat. Dr Siti Fatimah juga memberikan contoh-contoh soalan borang soal selidik untuk dijadikan sebagai rujukan pelajar kelas kami . Pada minggu ketujuh ini juga , pelajar-pelajar yang diajar oleh Dr.Siti Fatimah dikehendaki untuk mengikuti program di PTSL, iaitu program yang membincangkan tentang cara pencarian maklumat dan gaya penulisan UKM yang mana telah disampaikan oleh Pn Noor Farhana Binti Mohd Salleh. Dalam program ini, kami telah diajar cara untuk menggunakan e-jurnal, Jet P, I-Quest dan banyak lagi.
Selain itu , Dr Siti Fatimah juga memberi tahu kepada kami tentang tujuan dan objektif borang selidik ini dibuat. Dr Siti Fatimah juga memberikan contoh-contoh soalan borang soal selidik untuk dijadikan sebagai rujukan pelajar kelas kami . Pada minggu ketujuh ini juga , pelajar-pelajar yang diajar oleh Dr.Siti Fatimah dikehendaki untuk mengikuti program di PTSL, iaitu program yang membincangkan tentang cara pencarian maklumat dan gaya penulisan UKM yang mana telah disampaikan oleh Pn Noor Farhana Binti Mohd Salleh. Dalam program ini, kami telah diajar cara untuk menggunakan e-jurnal, Jet P, I-Quest dan banyak lagi.
MINGGU 6
12 OKTOBER 2015, Apabila sudah masuk ke minggu ini, tugas sudah semakin susah dan mencabar. Namun ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang demi kejayaan dan kerjaya pada masa hadapan yang lebih banyak dugaan. Semakin banyak perkara rumit yang dipelajari menerusi program pengajian Komputer Dalam Pendidikan. Tetapi jika usaha yang berterusan didorong dengan sifat-sifat yang positif. Dengan izin Tuhan semuanya akan berjalan dengan lancar. Pada minggu ini, Kami dikehendaki mengkaji apa itu Kemahiran Abad ke-21 dan membuat hasil kajian kami di dalam aplikasi 'Google Presentation', iaitu aplikasi yang telah diajar kepada kami. aplikasi ini dapat memudahkan kami untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi secara atas talian walaupun tidak dapat berbincang dalam satu meja. selain itu, penggunaan CASPER amatlah ditengahkan untuk membuat presentation, prinsip CASPER iaitu contrast, aligement, simplicity, proximity, emphasis, and respectition. Saya berharap agar tugas kami ini dipermudahkan oleh Yang Maha Esa kerana setiap apa yang kami buat, tidak lain tidak bukan hanya untuk menunaikan tanggungjawab kami dan memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Gambar dibawah merupakan contoh Prinsip CASPER yang telah diberikan oleh Dr Fatimah.
Gambar dibawah merupakan contoh Prinsip CASPER yang telah diberikan oleh Dr Fatimah.
MINGGU 5
05 OKTOBER 2015, pada minggu ini kami telah diberikan tugasan seterusnya iaitu untuk membuat suatu aplikasi google drive yang mana terkandung dalam aplikasi google. Google drive ini merupakan satu perincian yang membantu individu atau kumpulan untuk membuat kertas kerja, perbentangan dan semua yang berkenaan dengan tulisan. Dengan adanya google drive ini kami dapat menjalankan perbincangan dan kerja-kerja melalui alam maya tanpa bersemuka. Tugasan pertaa kami dalam google drive ialah untuk membincangkan tentang course management system (cms) dan learning management system (lms). Hasil dari perbincangan ini telah di muat naik dalam blog saya dalam bahagian tugasan.
MINGGU 4
28 SEPTEMBER 2015, merupakan minggu ke-4 saya duduk di universiti kebangsaan malaysia. Pada minggu ini, Dr Fatimah telah membahagikan kami 20 pelajar SR1 kepada beberapa kumpulan dimana setiap kumpulan mempunyai 3 orang ahli. Saya merupakan kumpulan pertama bersama dengan dua bidadari iaitu Yap Rui Chen dan Nur Hidayah binti Razak. Tugasan pertama kami dalam kumpulan ini adalah untuk membuat akaun Google email masing-masing dan meletakkan tag nama pada setiap email. Tag nama tersebut berfungsi sebagai identiti diri supaya apabila seseorang itu menghantar email dapat dikenali. Selain itu, kami juga telah diarahkan untuk membuat weebly masing-masing sebagai blog. Semua tugasan-tugasan yang telah dibuat boleh dimuat naik kedalam weebly masing-masing agar urusan-urusan pemeriksaan oleh pengajar dapat dilakukan. Kesimpulan, merupakan minggu yang terbaik kerana saya dapat mengenal dengan ahli kelas saya dengan lebih dalam di samping dapat mengetahui kegunaan google dengan lebih mendalam. Saya juga berasa tidak sabar untuk mempelajari kegunaan komputer ini dengan lebih mendalam.
MINGGU 3
21 SEPTEMBER 2015, pada hari ini kelas komputer dalam pendidikan tidak dapat dijalankan atas sebab cuti Hari Raya Korban yang jatuh pada 10 Zulhijjah 1436 iaitu 24 september 2015 kelender masihi. Hari raya korban juga dikenali sebagai Hari Raya Haji merupakan perayaan yang kedua disambut oleh umat islam. Pada hari itu, umat islam disunnahkan untuk melakukan kurban dimana mereka menyembelih haiwan kurban dan dibahagi-bahagikan sesama mereka. Sebagai umat islam juga, saya turut melibatkan diri dalam acara korban yang telah dijalankan oleh pihak UKM sehabis sahaja selesai solat raya. Walaupun tidak sebangsa dan tidak pernah bersuai muka, kami semua saling bekerjasama dalam melaksanakan ibadah atas sifat persaudaraan dalam islam. Konklusinya, walaupun saya berasa sedih kerana tidak dapat pulang ke tanah air untuk menyambut hari raya korban bersama keluarga, hati saya tetap rasa tenang dan riang kerana dapat nikmat kurnia hari raya korban walau dimana pun saya berada.
MINGGU 2
14 SEPTEMBEr 2015, Minggu kedua merupakan minggu pertama kami semua menduduki kelas GE1155 komputer dalam pendidikan dan Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin sebagai tenaga pengajar. pada mulanaya kami hanya diberikan penerangan berkaitan dengan subjek ini. Bermula dari persoalan apakah kursus ini, untuk apa subjek ini, kepentingan kursus ini dan pengenalan tenaga-tenaga pegajar yang akan membantu pelajar-pelajar sepanjang 14 minggu pengajian kursus komputer dalam pendidikan. Selain itu, beberapa aplikasi yang kami bakal pelajari turut di bincangkan dalam kelas tersebut seperti googledrive dan weebly yang saya sendiri tidak perna dengar apatah lagi menggunakannya. Ini telah menimbulkan rasa gemuruh dekat hati dalam masa yang sama juga menaikan semangat saya untuk lebih menerokai kursus ini. Kesimpulannya, kursus komputer dalam pendidikan merupakan medium yang amat penting di masa akan datang di mana teknologi digunakan dalam kehidupan seharian. Oleh itu saya sangat teruja untuk memperbaiki kemahiran saya dalam penggunaan komputer di samping pelbagaikan pengunaan aplikasi baru.
MINGGU 1
06 SEPTEMBER 2015, Detik bermulanya perjalanan pengajian saya di fakulti pendidikan ( sukan dan rekreasi ) dalam sebuah universiti yang cukup dikenali khalayak ramai iaitu UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Pada hari ini, saya telah mengenali 35 pelajar dalam program pengenalan diri yang mana merupakan ahli kelas saya sendiri. Ahli kelas saya terdiri daripada 16 bidadari dan 19 budiman. kesimpilannya bagi minggu pertama saya berada d UKM ini, pada mulanya saya berasa malu dan kurang bersemangat tapi setelah mengenali kawan-kawan sefakulti saya, perasaan itu seumpamanya tidak perna wujud dalam diri saya dan saya sangat bersedia dan menanti-nantikan macam mana saya akan mengahabiskan perjuangan saya ini selama 4 tahun dekat sini.